Jagunghangus
Kisah hidup aku yang tak berapa menarik.

Sep
21

OK.

Hari ni raya kedua. Bosan gila. Dari bangun pagi tadi sampai skang duk umah jer.. Bosan gila. Raya memang mcm ni. Bosan jer.. Tu pasal aku tak ambik cuti langsung. Sebab bosan. Pada saat2 ni aku terasa perlukan sesuatu untuk membuang/membunuh masa. Bukan aku tak suka buang masa depan laptop sambil tekan “HOME” kat tab facebook, tapi time2 raya ni tak ramai yang update gambar atau status kat facebook.. so jadi bosan jugak. Tengok movie? Dah 2 movie aku tengok petang ni. First one, was ok… but second one…. Kalau tak kerana ada Sasha Grey, jangan harap aku nak tengok. Super low class low budget E-grade movie. Was it a movie? Arghhh!!! Tension aku.

This movie SUCKS!!!!

This movie SUCKS!!!!

Aku ada kumpul duit.. but that is for our upcoming trip to Jakarta-Bandung. I hope I can get enough money for the trip. Haih… Nak pergi melancong tapi takde duit. Kesian betul. Di kala tension dan kebosanan ya amat ni, aku terasa mcm nak main drum sgt2. Tapi apa boleh buat.. aku hanya mampu melihat drumset aku yang kat belakang aku ni. Dah berabuk dah. Nak main mcm mana? Kakak aku baruuu je selamat melahirkan baby boy nye yang bernama Fitri Rayyan. Kenalah hormat sikit. Lagipun rumah ni aku tak bayar pun sewa.. Bayar bil api dengan Streamyx jer. Haih…

Well actually aku nak beli PS3 console. Harga dlm RM1300 kot. Tapi tu la.. tengah tunggu PS3 Slim keluar. Dah keluar dah cuma kat M’sia belum sampai lagi. Aku memang nak sgt beli PS3 ni sebab nak main GT5 yang baru. Dan nak main game Rockband. Tapi tu la… bila nak main PS3, kenalah beli LCD TV. Itu dah tambah lagi RM2500. Haiyoooo!!! Bila aku nak main GT5 nye??????????? ARRGHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!

Can I have the yellow one?

Can I have the yellow one?

Aku nak main game ni!!! :(

Aku nak main game ni!!! :(

Dec
29

Sedar tak sedar, 5 tahun dah. Gila siot. Kalau budak, dah masuk tadika dah.. (bak kata Ai). 

Harap jodoh kami panjang sebab aku tak tau nak hidup tanpa dia. :P

Thanks Ai for this lovely cupcakes!!!! Serious, aku surprise gila!

Lawa geylll!!!

5 tahun. :)

Dec
29

Lepas tgk GG 2×08 aritu, aku terus mcm minat gila kat digital compact camera yg design mcm camera old school. So tadi aku tetiba teringat nak carik digicam mana yg best and terjumpa satu thread pasal camera ni kat Forum Lowyat: REAL CROWNED CHAMPION KING OF THE KING : LX3. Mcm kelakar je bunyi dia so aku spendlah almost 15 minutes baca real review from real people yg dah beli digicam ni. Not bad I would say and most importantly design dia old school, guna Leica punya lense dan most importantly ada neck sling mcm DSLR. :D

Harga: RM1600-RM1800 depends on package.

Review: http://www.dpreview.com/news/0807/08072102panasoniclx3.asp

p/s: Sony P-73 aku tu dah blur2 gambar dia. :(

p/s/s: camera apa Max ni pakai ah?

Dec
13

I have this dream. To become a great drummer, playing in a full house venue with lots of camera shooting and lots of fans shouting in front. I have also dream of a fully sound-proof room in a bungalow where lies my Pearl Masters drumset with all K Customs cymbals and a grand piano. 

And I guess, it will be only a dream. Not more than that because currently, I am thinking  of giving up drumming. This expensive hobby, however does not bring me anywhere. It did once but thats about it. That moment will never come back and that is the truth that I have to admit.

Forget April, R only giving false hope. Sucks, but that’s his style. Saying all the wonderful things and make you wonder where all that came from? No wonder his schoolmate calling him “Internet”. 

And only that I thought that me and A and S will get together, but not for long until S spill it out and so were A. 

Should I put myself on bandstands? That would sound desperate. Or I just put all my drums stuffs on classified?

 

Or maybe I should play Basketball again. At least that is more healthy.

Dec
06

Before baca post aku di bawah, sila baca dulu link ni.

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2008/11/churches-also-fatwa-against-yoga.html

to quote:

“I find it funny, or ironic, that a Christian priest would sound more Islamic than Muslims in this country”

Jumpa link ni masa tgh baca blog Piah Zedora. Pautan demi pautan. Well, last week’s khutbah Jumaat kat surau Menara Rebung citer pasal Yoga ni. Imam tu citer yoga ni ada 3 peringkat di mana last skali si pengamal ni akan bersatu dgn Tuhan dan mencapai Nirvana atau Moksha (2-2 nama ni related dgn Grunge, pelik). Chant or not chant, its still something that related directly or indirectly with religious belief. I dont know, I never do Yoga, so I dont really what this Yoga thing. Ok, menurut Imam tu jugak, kumpulan pembuat fatwa ni bukan saja2 buat fatwa ni taknak kasi org Islam buat Yoga tapi diorang telah buat kajian mendalam dan mengambil kira pelbagai aspek. So siapa la kita ni yang kadang2 tu Solat 5 waktu pun x lepas ni nak komen dan persoalkan? 

Aku rasa banyak lagi benda lain kita boleh buat untuk meningkatkan kualiti kesihatan kita seperti joging, pegi gym, aerobic ke selain Yoga ni. Why Yoga?? Well, like I said, I never do Yoga so I dont really know. Tapi kalau stakat stretching2 tu baik main Taekwondo. Boleh pertahankan diri sekali. 

p/s: Solat 5 waktu adalah “Yoga” terbaik orang Islam :)

Dec
06

I was tagged.

1. Take a recent picture of yourself OR take a picture of yourself right now.
2. Don’t change your clothes, don’t fix your hair… just take a picture.
3. Post that picture with NO editing.
4. Post these instructions with your picture.
5. Tag people to do this.

 

 

So here you go Irna~ (aku harap entri ni cukup interesting untuk kau)

tag

Nasib baik webcam aku sampai situ je boleh nampak.. Hehehheheh..

Aku nak tag… ermm takde sape :|

 

Semalam meeting pasal SOW. Line by line, 5 documents. Dari 9am sampai 1230 break smayang Jumaat pastu sambung 2.30pm sampaila kol 7.00pm. Gila siot. Sib baik dpt makan free :D  

Semalam takde futsal sebab budak2 MDD sumer banyak balik kampung.. Haihhh bosan.. Balik dari dinner dgn Yong dan famili semalam aku ajak bapak aku teman pegi klinik Mediveron Equine sebab nak check tengkuk aku ni yang sakit. Kelmarinlah kena… Aku bwk moto nak gi keje pastu lalu satu manhole ni, aku ingat tak dlm sgt sekali aku lalu bapak ah.. Punya la kuat hentakan dia sampaikan aku rasa tengkuk aku ni nak patah dan aku sendiri rasa mcm nak tercampak dan seriously memang rasa nak tercampak pun dan nasib baik tgn kiri aku pegang handle agak kuat. Kalau tak memang aku dah melambung! Gila sial.

Masuk2 je dlm consultation room tu, aku tgk doc ni.. Muka mcm melayu tapi cina so aku pun berceritalah mcm mana aku kena ape semua. Pastu dia pegi kat aku dia pegang tengkuk aku, dia bengkok ke depan, ke belakang, ke kiri, ke kanan… Aku pun mcm :| Pastu dia tanya tangan ada kebas tak, aku ckp takde. Dia tanya sakit belah mana, aku ckp belah kanan. 

“takde apa tu.. cuma urat saja dgn muscle strain, dont worry.. dlm 2-3 minggu OK la tu.. Saya kasi kamu ubat sapu, pain killer dan muscle relax”

Aku mcm x puas hati. So aku pun mula citer pasal budak skolah aku dulu yang terlibat dgn eksiden bas. Kisahnya, 2 orang ni nak fly ke Klang sebab nak belikan awek salah sorang ni bufday prezen. Pastu otw nak ke Klang tu kat mana ntah (lupa, sori) bas ni mcm mana ntah boleh terbabas ke arah bas stop. Brek x makan agaknye. Bas tu mmg hancur tapi diorang ni berjaya keluar dari bas dgn hanya minor scratches. Pastu lepas 2-3 hari mamat yg sorang ni rasa sengal2 kat tengkuk dia. Pegi balik hospital untuk check, bila diorang x-ray, rupanya ada tulang kat tengkuk tu nak retak ke mcm mana aku x sure. So dia pun pakai benda mcm besi yg ikat kat kepala. Mmg gila horror beb. Ambik SPM selamba je pakai benda tu. So thats explain why I am very paranoid when it comes to tengkuk2 nih!

“thats different.. dont worry.. You’ll be okay.”

I hope you are right doc! Setelah mengambil ubat, kitoran pun chow sambil tidak membuat bayaran langsung. Bestnye ada kad panel ni :D

p/s: Berhati-hati dgn sikap paranoia anda!

Dec
06

Baru tadi, aku dapat tau kete kancil yang dah x bergerak selama beberapa bulan (mungkin tahun) depan rumah aku hilang. Mak aku nampak ada orang dtg dan bwk kete tu pegi semalam tghari. Mak aku just tgk je sebab jiran depan umah aku ni mmg banyak sangat keter keluar dan masuk. Kadang2 tu rasa nak calarkan kete diorang pun ada sebab sesuka hati park kete sampai susah kitorang nak keluar masuk. So, pagi tadi lepas balik niaga baruuuuu lah mamat depan ni salam dan berkenalan dgn aku. Haa.. tu ar.. bila dah jadi mcm ni baru ko nak baik2 dan kenal2 dgn jiran!!! Masa kitorang pindah hari tu haram tak menjenguk langsung. Ampai kain pun buat2 tak nampak ada org tgh pindah umah. Inilah yang terjadi kalau menyombong sgt dgn jiran tetangga.

Tapi kan… aku, bapak aku ngan mak aku suspek kete tu dah lama x bayar dan orang tarik kete “curik” kete tu. Itu tekaan kami lah… Tapi aku rasa sangkaan kami memang tepat. Sebab…

1) Kete tu memang takde bateri. So cuba korang bayangkan mcm mana lembabnya ko nak curik kete tu dgn nak pasang bateri lagi… Orang nak curik kete mesti nak buat dgn sepantas mungkin, kan?

2) Kete tu dah berbulan2 tak jalan. Tipulah kalau bagi alasan takde bateri dan takde duit nak repair ke apa… Sah2 kete tu dah lama x bayar dan bila x bayar, ko nak bayar roadtax pun malas. So bila takde roadtax, mcm mana ko nk bwk kete tu??? No plet kat blkg pun takde. C’mon… boleh pikir sendiri maa! Sah2 ko tanak org tarik kete jumpa kete kau!

3) Keadaan kete tu sungguh daif sampai dah ada rumput nak tumbuh kat tayar kete tu. Apa bangang sangat pencurik tu nak curik kete Kancil murah tu? Melambak lagi kete lain, kete tu jugak ko nak curik? Serious tak berbaloi kalau kena tangkap.

Berdasarkan hujah2 di atas, aku dpt menyimpulkan bahawa kete tu bukan dicuri, tapi telah ditarik oleh penarik kereta professional.

Moral of the story: Sila berbaik2 dgn jiran anda bagi mengelakkan kenderaan anda dicuri.

p/s: damn, aku kena beli rantai moto lah mcm ni!!!

Dec
06

Hello world.

Kitorang sumer terkejut. Serious taktau langsung. We all felt like there are a huge gap between us. Aku tak kesian kat diorang, aku kesian kat dia. Dia innocent. Taktau apa2. Tapi benda dah nak jadi, nak buat mcm mana?

Sesungguhnya Tuhan lebih Maha Mengetahui daripada hambaNya yang sungguh lemah ni. Amin.

Oct
22

Banyak perkara yang sudah berlaku dan akan berlaku dalam beberapa hari dan minggu yang akan datang terhadap aku.

i)  2 hari lagi aku akan berangkat ke Pulau Redang!!! Best tak terkata! Walaupun sekarang musim peralihan monsun, tapi what the hell.. dpt pegi bercuti ni pun dah kira best dah! Menurut ramalan cuaca, Jumaat tu langsung tak hujan, Sabtu petang je hujan, dan Ahad tu pun petang je hujan. OKlah tu.. Petang boleh buat aktiviti-aktiviti indoor je.

ii)  5 hari lagi kami sekeluarga akan berpindah ke rumah baru yang lebih (harap2) selesa. Yong dan family dia pun akan berpindah sekali. Kesianlah si Faris mesti tension tiap2 hari ngadap muka aku. Muahahahaha… Tapi takpe, bilik aku nanti lebih besar lagi dari sekarang (yang dah cukup besar). 

iii) 9 hari lagi aku berhenti dari tempat kerja aku sekarang. Setelah berbulan2 tunggu offer letter akhirnya pada Isnin lepas aku dapat jugak offer letter tu. Phew! Like, finally! But I must say, its worth the wait! Seriously! Alhamdulillah la.. berkat doa mak aku :)

iv) 12 hari lagi aku akan start kerja from 8-5 balik. Tak tau nak ckp camne.. Perasaan bercampur-campur. Aku for sure akan rindu untuk tido di siang hari dan petang hari, berjaga di malam hari, layan Fashion TV malam2, tengok correspondant AJ betulkan baju sebelum Live, on the phone dgn orang Iran yg ckp English mcm ckp Deutsch dan sebagainya.

p/s: Mana aiya ni? aku call x angkat, SMS tak reply? Where are you my dear?

Oct
08

Semalam pegi kedai moto terbesar di Malaysia, NKS Sentul sebab nak cari visor untuk helmet ARC aku yg dah rosak ni (visor dia). Aku la pandai sgt aritu pegi sental visor dgn polish.. abis rosak tinted dia.. Itulah.. masa kelas kimia cikgu Zorah aku bantai tido! Ok sambung citer. Masuk keje kol 3, lepas Zuhur aku terus gerak. Masa kat highway dah hujan lebat nasib baik aku pakai baju hujan siap2 so takla basah. Sampai Sentul still lebat gila hujan. Masuk2 je kedai tu ada satu amoi yang agak cun bersedia melayan aku.

“Ya abang, apa mau?”

“Ermm.. saya nak carik visor ARC full lah..ada tak?”

“Wahh… ini lu cat sendiri ah?? Lawa lah..”

Ok, bangga kejap. Pastu dia tanya nak ori ke tak ori. Aku tanya harga. Ori RM85, tak ori RM28. Damn. Aku suruh dia bawak keluar tak ori punya. Kaler hitam pastu aku tgk cutting dia mmg tak sama dgn yg mcm aku punya (ori). Aku ckp dgn dia, yang putih nye takde ke? Pastu dia pegi kat boss dia ckp cina aku tak paham. Pastu dia gi blakang and bwk keluar visor putih. Dia ckp yg ni ori. Aku amik, belek2 memang cutting dia sebijik mcm ori. Dia ckp yg ni orang beli helmet baru tapi tanak visor putih, so trade in dgn visor hitam. Harga? RM25!! Memang rezeki aku hari tu. Terus bayar. Aku amik skali 2 ketul logo Yamaha yang dah masuk 2 kali kena cilok. Kali ni aku nak letak gam gajah. Sial nye pencuri.

Tadi aku pun memulakan kerja2 untuk menukar visor. Visor tak penah tukar selama nak dekat 5 tahun, so dpt bayangkanlah betapa kerasnya nak bukak “klip” dia. Setelah bersusah payah sampai sakit2 tgn dan sampai ada calar sikit helmet aku, akhirnya aku berjaya gak bukak visor lama ni. Phew! Pastu mula2 aku ingat nak taruk balik getah visor lama aku yang tercabut kat visor baru ni, tapi susah dan sgt leceh so setelah berusaha dgn agak lama akhirnya aku putus asa nak taruk getah tu. :( Proses memasukkan visor baru ni pun agak susah gak tapi tak sesusah bukak tadi. 

P/S: Nak beli helmet baru boleh tak? :P

ARC1
ARC2
Arai Ram3

p/s/s: lawa nyeh?